Malaysian Flag

Malaysian Flag
AMARAN...kandungan dalam blog ini tiada kaitan dengan mana-mana parti politik di Malaysia...hanya pandangan peribadi penulis

Pages

INI KISAH-KISAH ORANG CEPAT KAYA DAN MACAM MANA DIA BOLEH KAYA?

Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22tahun. Sudah banyak perubahan dia buat di Malaysia ini untuk mencapai wawasan 2020 tetapi apa yang saya hairan selama dia memerintah 22tahun. anak dia menjadi antara orang yang terkaya di Malaysia di tangga ke-19. harta kekayaannya telah di simpan olehnye berjumlah RM1.665.20 billion!! (info daripada KOSMO! bertarikh 17 februari 2011, muka surat Niaga, Datok Mokhzani Mahathir)

Dimana dia boleh mengumpulkan duit sebanyak itu. sekiranya ayah dia tidak menjadi Perdana Menteri...boleh ke dia menjadi antara orang terkaya di Malaysia ini?? begitu mudahnya anak Tun Dr. Mahathir mengumpukan harta sebanyak itu. macam mana orang miskin di luar sana makan tak cukup, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. sampai bilakah rakyat miskin di Malaysia ini suka meminta-minta? yang miskin bertambah miskin yang kaya bertambah kaya. itulah yang suka diamalkan oleh Perdana Menteri malaysia ini...ada sahaja program yang dijalankan untuk orang miskin. 


sampai bilakah kerajaan Malaysia ini boleh bertahan dengan program yang dijalankan selama ini?? barang dapur semua dah meningkat naik seperti gula, susu dan lain-lain lagi. Apatah lagi beras subsidi rakyat malaysia pun di pasaraya besar sudah tiada lagi dijual...yang menjual hanya semua kedai-kedai kecil yang dikuasai orang luar negara, seperti bangla, acheh & lain-lain. harga biasa beras tanpa subsidi Rm 23.00, harga subsidi kerajaan RM 17.50... harga yang dijual oleh proksi kerajaan adalah RM 18.50 sehingga RM26.00. tidak lama lagi mesti harga minyak Ron95 pun akan naik nampak gayanya...teruklah orang berpendapatan rendah diluar sana, macam mana mereka nak meneruskan hidup di Malaysia ini selagi perompak duit rakyat Malaysia ini masih ada. 

SAYA ADA PROGRAM, DALAM PROGRAM, DALAM PROGRAM UNTUK RAKYAT MALAYSIA INI SEKIRANYA PROGRAM INI DI JALANKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA INI TIDAK ADA LAGI YANG MISKIN...INI JANJI SAYA...SEMUA PROGRAM TELAH DISEDIAKAN..CUMA PERDANA MENTERI TAK MENGIZIN KAN SAYA UNTUK MENJALANKAN PROGRAM SAYA INI...

Supaya dia nak tengok rakyat Malaysia ini tidak boleh melawan kekayaan Perdana Menteri. saya tengok kebanyakkan mereka yang hidup mewah di Malaysia ini penyokong-penyokong BN. 70% daripada mereka hidup Mewah! 


AMARAN YANG SAYA BUAT INI TIADA KENA MENGENA DENGAN POLITIK SEMATA-MATA. BULAN DEPAN SAYA AKAN DEDAHKAN SENARAI NAMA ORANG-ORANG YANG KAYA DI MALAYSIA INI. SAYA MINTA NAMA YANG SAYA DISENARAIKAN INI BUAT ANGKAT SUMPAH UNTUK ISYTIHARKAN HARTA KEKAYAAN MEREKA DI DALAM & DI LUAR NEGARA.



"Wallahi wabillahi watawwahi" aku bersumpah bahawa aku punya harta di dalam Negara berjumlah............... dan di luar Negara berjumlah ...............sekiranya aku menipu dalan kenyataan bersumpah ini, aku rela disambar petir oleh ALLAH Ta'ala akan diriku ini....amin (saya yakin sumpah begini tidak dibuat oleh Saiful Buhari & Trio Dato T)

BLOG INI AKAN DI EDIT SEBULAN KE SEBULAN UNTUK MENCARI MAKLUMAT TERKINI..UNTUK RAKYAT MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment